VIEW ALL NEXT TOP SPORT GALLERY

Wednesday, November 3, 2010

Eduardo Julang Martabat Arsenal

Kembali bersama lagi dengan rakan-rakan Gooners yang amat setia dengan pasukan Arsenal.

Sekali lagi Arsenal mengharungi kancah perlawanan dalam Liga Juara-Juara Eropah untuk menempatkan diri dalam kelompok 16 pasukan terakhir dalam saingan kalah mati.

Ramai daripada penyokong Arsenalmungkin tidor lewat pada hari ni untuk menyaksikan perlawanan menentang Shaktar Donetsk.

Pengakuan awal Arsene Wenger mengenai ramalan tentang pasukan lawan menjadi kenyataan di mana Shaktar berjaya menahan kemaraan Arsenal untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

Namun kesudahan perlawanan ini lebih memfokuskan kepada bekas pemain Arsenal iaitu Eduardo.

Seperti apa yang telah saya coretkan dalam "ARSENAL FIGHT FOR KNOCK OUT SPOT" peranan dan pengalaman Eduardo dalam pembabitan Liga Juara-Juara Eropah telah banyak mempengaruhi rakan sepasukannya.

Pemain kelahiran Brazil dan berbangsa Croatia ini pernah menjadi pujaan para penyokong dan peminat pasukan Arsenal suatu masa dulu.

Dengan kebangkitan awal permainan di mana penyerang Lagenda Baru Theo Walcott membuka jaringan seawal minit ke 10 sememangnya tidak meragukan penyokong Arsenal tentang kebolehannya yang kian menyerlah.

Kepantasan dan kematangan Walcott sememangnya sesuatu yang amat membanggakan dan pada seusia yang begitu muda ini ianya pasti menjadi sesuatu yang amat istimewa.

Berbalik kepada Eduardo yang menjadi tajuk utama dalam setiap penulisan berkenaan Arsenal pada hari ini, tidak dapat dinafikan bahawa kelibat beliau dalam perlawanan tersebut sangat memuncak dan ini sesuatu yang baik bagi beliau setelah lama tenggelam untuk bangun dari kecederaan patah kaki sewaktu bersama Arsenal dahulu.

Apa yang nak kita tekankan disini ialah sikap profesional beliau yang mana saya rasa ramai penyokong Arsenal amat menghargai dan teramat menghormati beliau.

Menjaringkan gol pada menentang bekas kelab lama adalah sesuatu yang amat menyukarkan untuk pemain mahu pun penyokong pasukan tersebut.

Masih dihati Gooners - Eduardo

Jaringan yang tidak disambut dengan aksi keceriaan adalah satu penghargaan dan rasa hormat beliau kepada bekas pasukan lama beliau.

Inilah Eduardo yang kita kenali dan syabas dengan kejayaan beliau serta Shaktar, sikap rendah diri dan penampilan disiplin yang amat tinggi rasanya telah memadamkan luka serta kekecewaan penyokong Arsenal pada hari ini.

Kita kalah namun persepsi positif yang telah ditunjukkan oleh Eduardo seolah-olah menjulang nama Arsenal bersama-sama kemenangan beliau.

Ini juga satu perkembangan positif dalam karier beliau dimana namanya akan menjadi sebutan para penyokong Shaktar untuk jangka masa yang lama dan Gooners akan sentiasa mengingati beliau sebagai seorang pemain profesional berkaliber tinggi.

Kita masih ingat lagi insiden dimana Adebayor yang menyertai Manchester City, aksi beliau meraikan jaringan dihadapan penyokong Arsenal telah mendapat cemuhan dan reaksi negatif bagi setiap Gooners di seluruh dunia.

Ini sepatutnya dapat dielakkan sekiranya pemain tersebut dapat mengawal emosi dan profesionalisme karier pemain tersebut.

Tidak dinafikan bahawa aksi tersebut boleh melonjakkan indeks populariti pemain tersebut bersama pasukan barunya, namun penampilan serta disiplin yang tinggi akan lebih memberi impak yang tinggi kepada pemain tersebut baik dari penyokong bekas pasukannya mahu pun penyokong pasukan baru beliau.

Ini yang kita hargai dan amat memandang tinggi bahawa Eduardo akan menjadi pujaan ramai untuk seterusnya dalam karier bolasepak beliau.

Biar apa pun kesudahan kejohanan ini nanti, Arsenal agak tersekat untuk melangkah awal ke pusingan seterusnya.

Keputusan perlawanan ini juga memberi ruang kepada sebuah lagi pasukan iaitu SC Braga untuk membuka langkah dan peluang untuk mengisi salah satu ruang ke pusingan seterusnya.

Pergelutan kumpulan H semakin terbuka dan Arsenal perlu mematikan harapan SC Braga pada perlawanan 24 November depan dengan kemenangan dan memastikan mereka layak ke pusingan seterusnya.

Apa yang sangat membangggakan ialah berakhirnya episod Eduardo dengan penuh rasa ceria serta penghormatan yang teramat bernilai di hati setiap penyokong Arsenal.

Ikuti saya di Twitter @ArsenaLKorneR