Piala Carling atau Piala Liga di BPL tidak kurang pentingnya buat Arsenal, tambahan pula setelah 5 tahun kita ketandusan untuk menjuarai mana-mana kejuaraan.
Pada awal pagi tadi juga menyaksi MU salah sebuah kelab empat teratas berjaya mengharungi pusingan ke empat untuk melangkah ke suku akhir dalam kejuaraan ini dengan mengalahkan Wolverhampton dengan jaringan 3 - 2.
Rasanya ramai peminat Arsenal akan menanti perlawanan yang amat penting ini dengan harapan satu lagi kemenangan akan tercipta untuk melangkah ke pusingan yang seterusnya.
Perlawanan kali ini kita akan menentang Newcastle United yang menduduki tangga ke sembilan dalam liga BPL. Chris Hughton akan mengetuai anak-anak buah nya di stadium St James Park pada awal pagi esok.
Berbekalkan semamngat kemenangan pada perlawanan liga Sabtu lepas setelah mengatasi West Ham United tentunya akan menyemarakkan lagi semangat pasukan Newcastle United dan tambah lagi bermain ditempat sendiri pada perlawanan kali ini.
Namun kita kena ingat bahawa Newcastle United pada awal lagi telah mengenepikan pasukan gergasi iaitu Chelsea sebelum bertemu Arsenal pada pusingan ke empat ini.
Namun pengurus Newcastle United, Chris Hughton menegaskan bahawa perlawanan ini adalah satu ujian yang sangat penting sambil menegaskan tekanan adalah di pihak Arsenal.
Newcastle United juga dijangka akan bergantung kepada pemain-pemain muda mereka dalam perlawanan nanti. Kemungkinan besar Sol Campbell tidak akan diturunkan pada perlawanan ini kerana diberitakan mengalami kecederaan.
Pemain Newcastle United yang perlu diberi perhatian pada perlawanan kali ini adalah penyerang berasal dari Denmark, Peter Lovenkrands yang membantu kemenangan sewaktu menyingkirkan Chelsea.
Namun perlawanan kali ini, ada spekulasi bahawa Arsenal akan menurunkan penjaga gol muda berusia 20 tahun, Wojciech Szczesny. Ini setimpal dengan kehendak Wenger yang masih tercari-cari penjaga gawang yang konsisten untuk mengharungi musim kali ini.
Namun pemain tersebut pernah bersuara dengan menyatakan, "Sekiranya anda hendak memenangi gelaran, pilih pemain yang terbaik dan bukannya antara pemain senior."
Gesaan ini telah menimbulkan sedikit kontroversi dalam perebutan posisi penjaga gol dalam pasukan Arsenal. Namun kemunculan beliau pada perlawanan ini nanti diharapkan akan dapat membuktikan bahawa beliau adalah yang terbaik untuk Arsenal.
Arsene Wenger awal-awal lagi telah menegaskan kepada pemain bahawa matalamat mereka seterusnya adalah untuk terus maju dan menggapai apa-apa jua kejuaraan yang ditandingi.
Berita mengenai pemain pertahanan Laurent Koscielny yang bebas dari kecederaan akan memantapkan lagi pasukan untuk perlawanan menentang Newcastle United nanti. Kelibat lincah Walcott juga dinantikan pada perlawanan ini.
Kemarau untuk merangkul piala adalah satu faktor perangsang semangat untuk pasukan Arsenal dan juga untuk semua peminat Gunners.
Cuba kita lihat enam perlawanan yang telah dilalui oleh kedua-dua pasukan sebagai satu fakta untuk menentukan keputusan perlawanan malam ini.
Arsenal
2 - 0 Chelsea - Arsenal
1 - 3 Partizan Belgrade - Arsenal
2 - 3 Arsenal - West Brom
1 - 4 Tottenham - Arsenal
1 - 1 Sunderland - Arsenal
6 - 0 Arsenal - Braga
Newcastle United
2 - 1 Man City - Newcastle
1 - 2 Newcastle - Stoke
3 - 4 Chelsea - Newcastle
0 - 1 Everton - Newcastle
0 - 2 Newcastle - Blackpool
1 - 1 Wolverhampton - Newcastle
Namun disebalik semua ramalan tentang pemain pada perlawanan ini, adakah Wenger akan menurunkan campuran pemain muda dan senior atau memastikan untuk kemenangan dengan membariskan kesebelasan utama seperti menghadapi perlawanan penting?
Pemenang perlawanan ini akan melangkah ke pusingan suku akhir yang mana undian akan ditentukan pada 30 Oktober akan datang.
Apa yang pasti, Arsenal akan menurunkan kesebelasan yang terbaik untuk perlawanan menentang Newcastle United nanti dan menangkis akan ramalan serta percaturan yang boleh memakan diri.
Kami perlukan kejuaraan!!!!!!!!
Untuk peminat Arsenal, saksikanlah perlawanan tersebut di saluran ASTRO ASSP (816) jam 0240 pagi esok.
Saya jangkakan Arsenal menang 3 - 1, jaringan dari Samir Nasri, Theo Walcott dan Marouane Chamakh, bagaimana dengan anda?
















